Selari DigiKOP 2030 & Akta Koperasi 1993

Transformasi Koperasi Anda
ke Era Digital.

Dari pendaftaran ahli, saham, pinjaman, sehingga agihan waris — semua dalam satu platform digital yang telus, patuh dan sedia diaudit bila-bila masa.

Direka selari hala tuju digitalisasi koperasi negara

DigiKOP 2030 DaKoM 2030 GP27 — Tadbir Urus Koperasi Akta Koperasi 1993 e-Invois LHDN (MyInvois)
16,468 koperasi berdaftar di Malaysia
7.33 juta ahli koperasi di seluruh negara
5,589 koperasi kategori pengguna — kumpulan terbesar

Ramai antaranya masih bergantung pada Excel dan buku catatan manual untuk urus ahli, saham dan kewangan koperasi.

Sumber: Perangkaan Koperasi Malaysia 2025, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Realiti Harian

Bunyi macam koperasi anda?

Bila rekod koperasi bergantung pada satu orang dan satu fail, itu bukan sistem — itu risiko.

01
AJK bertukar — rekod hilang Fail saham dan ahli tersimpan di komputer peribadi Setiausaha lama. Tiada backup, tiada serah tugas yang kemas.
02
Audit SKM jadi mimpi ngeri Tiada jejak audit. Minit mesyuarat berselerak di Word dan kertas. Juruaudit ambil masa berminggu mencari rekod.
03
Kira dividen dan faedah pinjaman secara manual Agihan dividen ikut pegangan saham dikira tangan. Satu silap, ahli komplen sepanjang tahun.
04
Setiausaha jadi bottleneck Setiap ahli nak semak baki saham atau status pinjaman kena tanya Setiausaha secara terus. Beban kerja tak habis-habis.
05
Kawalan dalaman bergantung kepercayaan semata Keputusan kewangan penting kadang dibuat oleh seorang individu, di luar mesyuarat rasmi — tiada semakan automatik sebelum ia jadi masalah besar. Anggota lembaga yang cuai boleh dipertanggungjawabkan sendiri.
Perubahan

Dari fail bercelaru ke satu sumber kebenaran

Cara lama
  • Rekod di komputer peribadi, hilang bila tukar AJK
  • Tiada jejak audit — sukar buktikan bila audit tiba
  • Dividen dan faedah pinjaman dikira secara manual
  • Ahli tak boleh semak baki sendiri
  • Minit dan rekod AGM berselerak, sukar dicari
  • Keputusan besar boleh dibuat seorang diri, luar mesyuarat
  • Belum patuh mandat e-Invois LHDN
Dengan KopCMS
  • Data terpusat di cloud, akses banyak staf serentak
  • Setiap transaksi ada jejak — sedia diaudit bila-bila
  • Dividen dan jadual ansuran pinjaman dikira automatik
  • Portal Ahli — anggota semak baki saham & pinjaman sendiri
  • Mesyuarat, minit dan AGM tersimpan kemas dalam satu tempat
  • Setiap kelulusan wajib dua pihak (maker–checker) — tiada individu bertindak sendiri
  • e-Invois terbina, hantar terus ke MyInvois — tak perlu sistem berasingan
Untuk Semua Peringkat

Dibina untuk tiga golongan dalam koperasi anda

Satu sistem, tiga manfaat berlainan — ikut peranan anda dalam koperasi.

Untuk Lembaga

"Sebagai anggota lembaga, tanggungjawab anda besar. KopCMS beri anda kawalan dalaman terbina, jejak audit penuh, dan ketenangan bahawa setiap ringgit amanah anggota terpelihara."

Untuk Pengurusan

"Kurangkan kerja manual berjam-jam. Automasikan pengiraan dividen, jana resit & penyata, uruskan gaji staf — semua tepat, pantas, tanpa silap kira."

Untuk Anggota

"Beri anggota anda ketelusan penuh: portal peribadi untuk semak saham & dividen, undi dalam AGM digital, dan akses penyata bila-bila masa. Ketelusan membina kepercayaan."

1

All-in-one

Staf, anggota, saham, pinjaman, perakaunan, dividen, mesyuarat & AGM dalam satu tempat — tak perlu banyak sistem berasingan.

2

Kawalan Dalaman Terbina

Setiap kelulusan wajib dua pihak (maker–checker) dan berjejak audit — hentikan risiko "one-man show", bukan setakat harap kepercayaan.

3

Mudah & Moden

Antara muka kemas dan pantas. Ganti kerja manual dan fail Excel yang menyusahkan.

4

Patuh Akta 1993

Pengiraan dividen tepat mengikut Akta Koperasi 1993 dan laporan audit yang teratur.

Ciri-ciri

Semua yang koperasi anda perlukan

Gantikan kerja kerani manual. Patuh Akta Koperasi 1993. Laporan sedia-audit SKM. 20 modul lengkap direka khas untuk koperasi berasaskan saham — daripada pendaftaran anggota, saham dan pinjaman, hingga perakaunan bergu, AGM digital, dividen, aset, sewaan premis, terimaan/bayaran, gaji staf, pengumuman dan agihan saham waris — semua dengan jejak audit penuh.

Pengumuman

Sampaikan maklumat penting terus kepada anggota — tiada lagi notis tercicir atau WhatsApp bertaburan.

  • Sasarkan kepada Semua Anggota, Barisan Lembaga, atau Anggota Terpilih sahaja
  • Simpan sebagai draf, terbitkan bila sedia
  • Notifikasi loceng automatik untuk anggota portal & pekerja
  • Tanda "Penting" + tarikh luput pilihan
  • Terus dipaparkan di Dashboard & Portal Anggota

Pengurusan Anggota

Rekod lengkap setiap anggota koperasi dalam satu sistem.

  • No. keanggotaan auto-jana, format boleh disesuaikan (A0001 atau 001 sahaja)
  • Rekod waris / penama setiap anggota
  • Alamat berstruktur format rasmi — sedia untuk e-Invois LHDN
  • Import anggota secara pukal (CSV / Excel)
  • Pindah milik keanggotaan tanpa tukar no. anggota
  • Proses tamat keanggotaan berkanun (berhenti / meninggal / dibuang)

Pengurusan Saham

Asas koperasi berasaskan saham — rekod tepat, kiraan betul.

  • Rekod modal syer dan transaksi setiap anggota
  • Pindah milik saham antara anggota dengan kelulusan mesyuarat
  • Dashboard analitik pegangan dan agihan saham
  • Lejar transaksi lengkap dengan jejak siapa buat
  • Asas pengiraan dividen yang tepat dan telus

Akaun (Buku Tunai)

Rekod tunai ringkas untuk koperasi yang belum perlukan perakaunan bergu penuh.

  • Rekod pendapatan & perbelanjaan ikut kategori
  • Tapis ikut tarikh & kategori dengan ringkasan automatik
  • Rujuk terus ke anggota berkaitan (No. Anggota & nama)
  • Eksport CSV untuk semakan & rekod luaran
  • Boleh guna berasingan atau bersama modul Perakaunan

Dividen Tahunan

Pengiraan dividen tepat mengikut Akta Koperasi 1993.

  • Hitung untung bersih dan peruntukan tabung (Rizab, KWAPK)
  • Agihan dividen per anggota berdasarkan pegangan saham
  • Dua kadar: cadangan juruaudit & kadar luluskan AGM
  • Status draf → muktamad (dengan cap air "DRAF")
  • Penyata dividen individu boleh cetak / simpan

Mesyuarat & Minit

Dokumentasi mesyuarat yang kemas dan mudah dirujuk.

  • Rekod tarikh, lokasi, dan minit mesyuarat
  • Rujukan kelulusan pinjaman dan pindah milik saham
  • Jejak pencadang dan penyokong setiap keputusan
  • Carian dan semak semula minit lama dengan mudah

Laporan Audit

Ketelusan penuh untuk auditor dan jawatankuasa.

  • Log aktiviti lengkap — siapa buat apa dan bila
  • Sejarah transaksi saham, pinjaman, dan akaun
  • Eksport CSV untuk semakan auditor luar
  • Jejak rekod siapa lulus, rekod, dan ubah data

Anggota Lembaga

Governance berlapis — semua keputusan mesti diluluskan anggota lembaga yang sah.

  • Rekod penggal lantikan dan jawatan anggota lembaga
  • Pencadang & penyokong wajib dari anggota lembaga aktif
  • Kawalan governance untuk saham, pinjaman & tamat keanggotaan
  • Pengasingan tugas (SoD) — perekod transaksi tak boleh sahkan sendiri, walaupun beliau anggota lembaga
  • Sejarah penggal dan perubahan anggota lembaga

Tuntutan Waris

Anggota meninggal dunia? Sistem uruskan proses dengan bermaruah dan patuh — bukan sekadar bug ditampal.

  • Saham anggota meninggal dibekukan automatik — elak sesiapa keluarkan duit tanpa kelulusan
  • Tuntutan berdokumen (Borang TKA2 / Sijil Faraid / Surat Kuasa Mentadbir)
  • Kelulusan lembaga secara maker–checker sebelum bayaran dilepaskan
  • Bayaran tepat ikut apa yang dokumen nyatakan — sistem tidak mengira Faraid
  • Jejak audit penuh bagi setiap kes tuntutan
Add-On

Pinjaman

Urus pinjaman anggota dari permohonan hingga selesai bayar. Khas pelan PRO-PLUS ke atas.

  • Borang permohonan pinjaman dalam talian
  • Lulus atau tolak dengan rekod kelulusan mesyuarat
  • Jadual ansuran bulanan auto-jana
  • Jejak status bayaran balik (kemas kini / lewat)
  • Sokongan potongan gaji, pencen, dan bayaran manual
  • Auto-pos jurnal ke Perakaunan Bergu (jika modul tu aktif)
Premium

Perakaunan (Catatan Bergu)

Sistem perakaunan bergu yang lengkap, tepat dan patuh piawaian.

  • Jurnal bergu (double-entry) — debit mesti sama kredit
  • Carta Akaun hierarki (aset, liabiliti, ekuiti, hasil, belanja)
  • Lejar dan Imbangan Duga automatik
  • Penyata Untung Rugi & Kunci Kira-Kira
  • Rekod pendapatan & perbelanjaan (buku tunai)
Premium

Pengguna & Akses

Urus akaun log masuk dan kawalan akses sistem koperasi anda.

  • Akaun log masuk untuk kerani, pengurus & pentadbir
  • Peranan & kebenaran akses yang fleksibel
  • Kawalan modul per peranan — hak akses tepat
  • Log aktiviti setiap pengguna sistem
  • Had bilangan pengguna mengikut pelan langganan
Premium

AGM & Undian Live Dalam Talian

Urus Mesyuarat Agung Tahunan dan proses undian demokratik koperasi secara langsung (live), dalam talian.

  • Urus pencalonan jawatan AGM
  • Rekod usul dan resolusi mesyuarat agung
  • Sesi undian dibuka/ditutup live semasa AGM berlangsung
  • Anggota mengundi dalam talian terus dari portal masing-masing
  • Keputusan AGM disimpan untuk rujukan & audit
  • Integrasi dengan modul mesyuarat & minit
Premium

Pengurusan Aset

Daftar dan pantau aset koperasi dengan pengiraan susut nilai automatik.

  • Daftar aset (perabot, kenderaan, IT, bangunan, tanah)
  • Susut nilai garis lurus auto-kira — nilai buku semasa tepat
  • Jadual susut nilai tahunan setiap aset
  • Laporan nilai buku bersih mengikut kategori
  • Export CSV untuk tujuan audit & perakaunan
Premium

Portal Setiap Anggota Koperasi

Anggota log masuk sendiri dan semak maklumat tanpa perlu hubungi pejabat.

  • Semak baki saham dan lejar transaksi sendiri
  • Lihat status & jadual ansuran pinjaman
  • Muat turun penyata tahunan dalam PDF
  • Pengesahan pegangan saham rasmi (PDF berstamp)
  • Usul, calon diri & undi AGM dari portal
Premium

Tetapan Sistem

Kawal siapa boleh akses apa — governance akses yang jelas dan fleksibel.

  • Cipta peranan (role) tersuai mengikut struktur koperasi anda
  • Kebenaran (permission) terperinci bagi setiap peranan
  • Matrix akses modul — kawal modul mana untuk peranan mana
  • Super-user sentiasa ada akses penuh sebagai failsafe
Premium

Pengurusan Sewaan

Urus lot/premis, kontrak sewa dan kutipan sewa koperasi dalam satu tempat.

  • Daftar lot/premis (kedai, gerai, ruang niaga, gudang, kaunter)
  • Kontrak sewa untuk anggota koperasi atau orang luar
  • Invois sewa bulanan auto-jana & kiraan denda lewat
  • Dashboard kadar penghunian & laporan kutipan
  • Resit rasmi PDF & export Excel tunggakan
Premium

Terimaan/Bayaran

Ganti Excel kerani — baucar bayaran & resit terimaan rasmi, auto-jana jurnal bergu di belakang tabir.

  • Baucar Bayaran (PV) berbilang item dengan aliran lulus → bayar
  • Resit terimaan untuk anggota atau pembayar luar
  • Auto-pos jurnal double-entry — kerani tak perlu faham debit/kredit
  • Daftar pembekal berulang dengan akaun belanja lalai
  • PDF rasmi bertandatangan & export Excel
Premium

Pengurusan Gaji

Proses gaji bulanan pekerja koperasi — elaun, potongan, caruman KWSP/PERKESO/SIP & slip gaji, terus dalam KopCMS.

  • Gaji pokok, elaun & potongan tetap per pekerja — boleh tambah sendiri
  • Kiraan caruman KWSP, PERKESO & SIP automatik ikut jadual kadar
  • Payroll run bulanan — draf dijana automatik setiap bulan, semak, muktamad (kunci rekod)
  • Slip gaji individu, boleh muat turun PDF
  • Auto-pos jurnal ke Perakaunan Bergu (jika modul tu aktif)
Add-On

e-Invois LHDN

Hantar invois koperasi terus ke MyInvois LHDN — patuh mandat e-invois kebangsaan, tanpa keluar dari KopCMS.

  • Penjanaan & penghantaran e-invois terus ke MyInvois (UUID + QR rasmi)
  • Sokongan invois individu & consolidated untuk transaksi anggota (B2C)
  • Nota kredit / debit / refund untuk pelarasan selepas hantar
  • Dashboard status pematuhan — valid, tertunggak, ditolak
  • Wizard setup berpandu — sambung credential MyInvois dalam minit
  • Disambung terus dari modul Sewaan, Yuran & Langganan sedia ada
Sedia digunakan — boleh diaktifkan bila-bila dari panel koperasi anda. Dari RM199/bulan, tak terikat pelan sedia ada.
Keselamatan Data

Data koperasi anda, terasing sepenuhnya

Setiap koperasi yang mendaftar mendapat pangkalan data tersendiri — bukan sekadar satu baris dalam satu pangkalan data yang dikongsi ramai.

Pangkalan data berasingan

Data koperasi lain tidak boleh dilihat atau diakses, walaupun berkongsi pelayan yang sama.

Kawalan peranan & akses

Tetapkan siapa boleh buat apa, sehingga ke peringkat modul — kawalan tepat ikut struktur koperasi anda.

Pengasingan tugas (SoD)

Sistem tolak automatik kalau orang yang rekod transaksi cuba sahkan transaksi sendiri — kawalan dalaman yang auditor cari.

Subdomain atau domain sendiri

Koperasi anda dapat alamat sendiri (cth. namakoperasi.koperasicms.site) atau sambungkan domain sedia ada.

Kata laluan anda, milik anda sahaja

Admin boleh cetuskan reset, tapi tak pernah nampak atau tetapkan kata laluan anda — setiap akaun tetapkan sendiri melalui pautan e-mel selamat.

Dibina khusus untuk struktur koperasi Malaysia — saham, dividen, AGM dan Lembaga — bukan perisian akaun generik yang dipaksa muat.

Selari Hala Tuju Negara

Bukan sekadar sistem — langkah bersama gerakan koperasi negara

KopCMS dibina selari dengan hala tuju digitalisasi koperasi negara — DigiKOP 2030, DaKoM 2030 dan Pelan Digital Koperasi Malaysia 2030. Kami bantu koperasi anda beralih dari operasi konvensional kepada pentadbiran digital yang moden, telus dan berdaya saing — tepat seperti yang disasarkan gerakan koperasi negara.

Soalan Lazim

Sebelum anda mula

Data koperasi kami selamat?

Ya. Setiap koperasi ada pangkalan data berasingan sepenuhnya (satu koperasi, satu pangkalan data) — bukan dikongsi dengan koperasi lain. Muat naik & fail disimpan ikut koperasi masing-masing, akses silang antara koperasi disekat pada tahap sistem.

Susah nak pindah dari sistem/rekod lama?

Tak. Import pukal ahli dan pegangan saham disokong terus dari CSV/Excel — pasukan kami bantu sepanjang proses migrasi supaya rekod lama anda tak hilang.

Perlu latihan lama untuk guna sistem ni?

Tidak. Antara muka direka mudah untuk kerja harian kerani dan setiausaha — kebanyakan koperasi mula guna dalam masa sehari, dan kami sediakan sesi onboarding percuma semasa naik sistem.

Ada insentif atau geran digitalisasi untuk koperasi kami?

Sesetengah pelaburan digitalisasi koperasi (termasuk e-Invois) mungkin layak untuk insentif/geran yang ditawarkan kerajaan dari semasa ke semasa — sila rujuk SKM atau agensi berkaitan untuk kelayakan dan syarat terkini.

Mula Sekarang

Mulakan Transformasi Koperasi Anda Hari Ini

Isi borang ringkas ini dan pasukan kami akan hubungi anda untuk demo dan pendaftaran — atau chat terus dengan kami di WhatsApp.

Chat WhatsApp Terus